Rumah tangga terlalu bahagia tanpa sebarang ujian pasti hanya berlaku dalam drama atau filem fantasi sahaja. Realitinya, untuk mencapai usia perkahwinan sepuluh tahun, sudah pasti anda melalui pelbagai asam garam rumah tangga. Salah satunya bagaimana mahu meredakan hati pasangan yang tengah panas.

Begitu juga dengan bertikam lidah dan salah faham. Pujuk-memujuk, meninggi suara hingga tahap menengking juga sudah pasti berjuta kali dilalui anda dan pasangan. Sebenarnya, dalam masalah ini persefahaman amat penting.

Harini Diva akan berkongsi lima tips untuk lembutkan hati pasangan.

Jangan Duduk Tempat Yang Sama

Pergaduhan berpunca daripada pelbagai perkara, namun anda harus bijak menanganinya. Sekiranya anda sedang duduk ketika marah, cuba ubah posisi berdiri atau sebaliknya. Cara ini akan membuatkan anda lebih relaks dan tenang.

Berhenti Membebel Dan Cari Salah

Langkah ini dikatakan sangat efektif jika anda tidak dapat mengawal amarah kepada pasangan anda. Diamkan diri di saat anda marah akan membuatkan anda berfikir seketika sebelum melontar kata-kata pedas berapi. Maklumlah ketika marah, kita tidak mampu mengawal emosi dan minda.

Ambil Wudhuk

Api adalah simbolik bagi rasa amarah, jadi hanya air sembahyang mampu mengurangkan rasa marah. Anda juga akan berasa tenang setelah air kena pada wajah dan seluruh tubuh dan nak pujuk diri, ajak si dia solat jemaah sama-sama. Jangan lupa selit doa yang manis-manis selepas solat. In shaa Allah, hati akan tenang!

Ambil Masa Dan Ruang

Apabila anda tidak mampu mengawal rasa marah di depan suami, cuba beredar dan jarakkan sikit diri anda dengan suami. Bawa diri ke bilik dan ambil masa untuk “cool down” . Jangan pula anda beredar sambil menghentak kaki dan menghempas pintu, pasti kemarahan suami bakal meledak.

Ingat Saat Manis, Flashback Waktu Akad Nikah

Ketika marah menguasai diri, cuba kenang jasa pasangan pada anda selama ini. Cuba rendahkan ego anda dan ingatlah tujuan sebenar kita dan si dia bersama, bukan sekadar suka-suka sebaliknya untuk suka dan duka.

Sebenarnya tak susah nak bahagiakan hubungan suami isteri, kita sendiri yang kena mainkan peranan macam mana nak nak lembutkan hati pasangan, nak handle pasangan yang merajuk tetiba.

Kredit: Mingguan Wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here