Laksa Penang sangat terkenal di negeri yang terletak di kawasan utara tanah air. Sempena raya ni, kalau mak-mak nak buat rumah terbuka, bolehlah hidangkan menu laksa Penang yang sangat sedap ini. Resipi ini merupakan resipi turun temurun daripada nenek dan mak saya sendiri tau.

Harini Diva kongsikan resepi laksa penang yang memang power beb!

Bahan-bahan

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin iaitu Boleh guna selayang putih atau hitam
  • 100 gram bawang merah bakar
  • 50 gram lada kering
  • 25 gram belacan bakar
  • 15 gram daun sweet basil atau daun kesom
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 keping asam keping saiz sederhana
  • Garam gula serbuk perasa

Untuk pelengkap dan  ulam-ulaman laksa penang ni

  • Daun salad
  • Hirisan bawang besar, hirisan bawang merah , cili , nenas
  • Telur rebus

Langkah-langkah

#1: Bersihkan lada kering dan sangai tanpa minyak. Untuk keluarkan rasa lada kering tu bagi sedap kuah laksa. Bakar juga bawang merah dan belacan sampai dah keluar bau. Lagi harum la kuah.

#2: Rebus ikan sardin sampai masak. Letakkan sedikit garam dan asam keping sekeping masa nak rebus. Isi air ½ daripada ikan. Lepas dah rebus, sejukkan. Asingkan isi ikan dengan tulang. Jangan buang tulang. Nanti kita nak guna juga.

#3: Blend isi ikan. Guna air daripada stok 3liter yang dah disukat.Jangan tambah air lain. Sambung blend tulang ikan sampai hancur dan tapis. Blend bawang bakar, belacan bakar bersama lada kering tadi .Guna air dari stok 3l juga.

#4: Sebab nak buang asam keping bila dah mendidih kuah laksa penang masak, saya masukkan dalam uncang tea bag. Senang. Panaskan air baki 3l tadi, masukkan semua bahan kisar, masukkan bunga kantang yang dibelah 4 , daun sweet basil dan asam keping.

#5: Masak sampai mendidih dan bertukar warna dah, masukkan bahan cukup rasa, gula ,garam sesuai dengan selera . Waktu ni keluarkan asam keping dan daun sweet basil. X nak dia letak lama-lama nanti tak best kuah laksa . Daun sweet basil boleh beli kat Tesco. Nak gantikan dengan daun kesom pun boleh tapi saya suka daun ni lagi.

Memang sedap la, pekat likat kuah laksa penang ni. Puas hati, bertambah adik beradik datang makan tau. Selamat mencuba resepi laksa penang asli versi saya .Puas hati.

Kredit: daridapur.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here