Makanan memang sedap dimakan tapi kadang-kadang, kesan kepada makanan itu kepada diri sendiri terutamanya ibu mengandung, kita tidak tahu. Mungkin terdapat pelbagai side effect dari makanan yang kita makan.

Hari ini Diva akan kongsikan beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung.

Makanan mentah

Makanan mentah yang berasal dari haiwan dan sayur-sayuran mempunyai risiko tinggi menyebabkan gangguan kesihatan.

Makanan dari ikan mentah seperti sushi, daging setengah masak & adunan kuih yang masih mentah mengandungi bakteria, virus, dan parasit yang lebih banyak sehingga mengganggu perkembangan janin.

Apalagi jika diusia kandungan masih muda masih terdedah kepada keguguran.

Sayur-sayuran mentah seperti pucuk mentah mempunyai risiko bakteria yang lebih tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain. Pengambilan buah & sayur semasa mengandung perlulah cermat.

Ada baiknya anda mengambil makanan tersebut dengan memasaknya dengan sempurna untuk mengelakkan risiko kesihatan.

Makanan penyebab alahan

Cuba fikirkan samada kita, pasangan atau anak anak yang lain mempunyai sejarah alahan terhadap jenis makanan tertentu.

Ada ke? Kalau ada risiko anak yang di kandung ini mempunyai alahan juga memang ada. Jadi apa yang kita boleh buat? Kita mesti elakkan jenis makanan yang menyebabkan alahan.

Contohnya seperti kekacang atau produk olahannya. Tak kiralah ketika hamilĀ  Atau semasa menyusu kan anak anak.

Kalau kita boleh kawal dengan baik, insyaallah dapat mengurangkan risiko alahan pada anak kita nanti.

Minuman beralkohol

Minuman keras atau beralkohol akan menghalang penerimaan khasiat makanan & oksigen yang diperlukan janin akan tersekat.

Minuman beralkohol yang diambil oleh ibu semasa mengandung akan memberi kesan buruk pada kemampuan otak janin.

Kesan? Kesan macam mana tu? Anak yang dikandung berisiko tinggi terjejas fizikal & IQ nya.

Makanan dan minuman berkafein

Banyak kajian yang dilakukan untuk menunjukkan keburukan kafein dengan kehamilan.

Dalam keadaan normal, iaitu semada kita tidak mengandung pun tak elok ambil kafein dalam jumlah yang berlebihan setiap hari.

Ini kerana, kandungan kafein yang terdapat di dalam minuman seperti kopi, minuman pemberi tenaga & lain lain boleh menyebabkan risiko keguguran & bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah. Kafein mengganggu penyerapan vitamin semasa mengandung.

Malah dalam keadaan yang lebih serius akan menyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan.

Kalori yang berlebihan

Bila kita sedang mengandung, badan memang memerlukan tambahan kalori tetapi dalam kuantiti yang cukup & seimbang.

Ini untuk mengelakkan masalah berat badan berlebihan atau obesiti semasa kita sedang hamil.

Ibu hamil yang mengalami obesiti sebelum mengandung akan meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat badan tinggi atau terkena diabetes semasa hamil.

Tapi kalau kita dah pun mengandung kurang sesuai untuk kita diet untuk turunkan berat badan. Elok kita rancang apa yang dimakan seharian sihat.

Buatlah pilihan yang tepat dan kawal berat badan setiap masa.

Kredit: IbuSyurga.blogspot.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here