Sakit mata ni memandang, bila tumit kaki mulai merekah, kasar dan keras. Hakikatnya, tumit kaki pun harus dijaga sebaiknya, agar ia tetap halus mulus. Banyak faktor boleh sebabkan tumit kaki merekah antaranya jika berdiri terlalu lama dan tapak kaki alah kepada lantai simen.  Jangan bimbang, sebenarnya ada petua mudah yang mak-mak boleh cuba untuk atasi tumit yang merekah ini dalam masa 5 minit, iaitu dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang boleh kita dapat secara harian.

“Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. Tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak.”

“Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. Bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. Malu sungguh!

“Saya berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang dekat dapur je. Mudah dan senang. Anak-anak tidur mak-mak boleh la belai-belai tumit tu.”

Bahan-Bahan:

Limau nipis/ lemon

Sedikit Garam Kasar

Berus gigi murah guna bulu yang kasar

Caranya:

1.Perahkan limau nipis atau lemon pada garam kasar.

2.Gosok/ sental perlahan-lahan pada bahagian tumit kaki yang merekah selama 5 minit.

3.Jika limau dah hancur/ lembik boleh gosok dengan berus gigi pula.

Siap! amalkan selalu untuk hasil yang berkesan. Lihatlah perubahannya!

Kredit: Siti Norshafika Amran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here